Total Pageviews

Sunday, October 14, 2012

19/10/2012: FAR150 n FAR200

All the best for Final Exam OCT 2012

Thursday, April 19, 2012

Used Morgan Air Cooler Mac Cool 3 to Let Go


Morgan Air Cooler Mac-Cool 3 at RM360 only
Spesifikasi:
Power: 100 watt
Water tank capacity: 10 litres
Air Flow: 1600m3/hr
Suitable for room size: up to 25m2 (~270 sqft)
Timer: 24 hour
3-in-1: fan / air cooler / ioniser
Three air-flow modes: normal / natural / sleep
Four-direction wind swings: left – right & up – down
Low electricity consumption
Safe & reliable caster with skid lock
Includes remote control
Dimension: 400mm(L) x 350mm(W) x 915mm (H)
Weight: 9.5kg
1-year warranty covering manufacturing defects

Harga beli: RM410.00
Masih baru dan mempunyai warranty.
Berminat pembeli sekitar Perlis/Changlun/Kodiang/.
email: tinie2376@gmail.com

Monday, May 16, 2011

Istiadat Konvokesyen UiTM ke 74-Perlis

Istiadat Konvokesyen UiTM ke 74 akan diadakan buat kali ke-2 di UiTM Negeri(Perlis).  Ia akan berlangsung selama 2 hari dari 18 Mei-19 Mei 2011. Expo konvokesyen pula akan bermula pada 18-22hb Mei 2011. Semua di jemput hadir.

ShakleeNme

Inilah pengalaman saya sebagai pengguna produk Shaklee. Diharap dapat membantu kalian  kenal dengan lebih dekat lagi dengan Shaklee. Saya mula-mula kenal dengan Shaklee pada tahun 2009 bulan November melalui Pn. Arnie. Rasanya dah lebih setahun. Tujuannya untuk meningkatkan pengeluaran susu, sebab waktu tu saya masih 'breastfeed' anak kedua saya yang berumur 1 tahun 8 bulan untuk melengkapkan penyusuan susu ibu selama 2 tahun. Pada mulanya saya hanya mengambil trial pack(breastfeeding) daripada Pn.Arnie dan seterusnya membeli full pack.  Sekarang ini saya maintain makan vitamin C, vitamin E(kulit) dan vitamin B serta spirulina. Saya telah melengkapkan penyusuan susu ibu selama 2 tahun. Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua, terutama adik saya Wanie yang masih  menyusukan bayinya Raiesha(4 bulan).
Bagi ibu-ibu yang masih mencari-cari produk untuk kesihatan, boleh mencuba Shaklee kerana harganya amat berpatutan.

My 1st post

Sebelum kukus
Selepas kukus(dah hilang satu line)

As salam readers,
Untuk 'post' pertama ni, saya nak share kuih yang telah dicuba semalam 15 may 2011 tepat pukul 8.30malam. Nama kuih ini Apom Kelapa sebab inti kelapa. So layan gambar-gambar sebelum dan selepas dikukus ye.............Testimonial officemate sedap macam kek pulak.........he..he...he....Ini resepinya dari blog teratakdhia.blogspot.com....resepi asal apom polkadot

Apom Polkadot
Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
  • 3 biji telur-dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar/susu cair/full cream/santan
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • ½ sudu teh esen vanilla
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa/inti kelapa
  • pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang selama 6-8 minit
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag/beg plastik yang bersih
  4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja yang telah di susun dalam acuan lompang
  5. Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir ¾ penuh.
  7. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak, guna api sederhana
Inti Kelapa:
Bahan-bahan
½ biji kelapa parut
6 sudu makan gula merah(di masak dengan 1/2 cawan air)
1 sudu teh tepung jagung
1 helai daun pandan-pintal


Cara-cara
Masak gula merah dengan air dan tapiskan. Kemudian campurkan ke  dalam kelapa parut di dalam periuk. Campurkan bahan lain dan masak atas api sederhana, kacau sentiasa hingga air kering.

Boleh cuba.............