| Sebelum kukus |
| Selepas kukus(dah hilang satu line) |
As salam readers,
Untuk 'post' pertama ni, saya nak share kuih yang telah dicuba semalam 15 may 2011 tepat pukul 8.30malam. Nama kuih ini Apom Kelapa sebab inti kelapa. So layan gambar-gambar sebelum dan selepas dikukus ye.............Testimonial officemate sedap macam kek pulak.........he..he...he....Ini resepinya dari blog teratakdhia.blogspot.com....resepi asal apom polkadot
Apom Polkadot
Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
- 3 biji telur-dari peti sejuk
- 275 gm tepung gandum
- 220 gm gula halus
- 150 ml susu segar/susu cair/full cream/santan
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovalette
- ½ sudu teh esen vanilla
- filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa/inti kelapa
- pewarna
Cara-cara
- Masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang selama 6-8 minit
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
- Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag/beg plastik yang bersih
- Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja yang telah di susun dalam acuan lompang
- Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
- Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir ¾ penuh.
- Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak, guna api sederhana
Inti Kelapa:
Bahan-bahan
½ biji kelapa parut
6 sudu makan gula merah(di masak dengan 1/2 cawan air)
1 sudu teh tepung jagung
1 helai daun pandan-pintal
Cara-cara
Masak gula merah dengan air dan tapiskan. Kemudian campurkan ke dalam kelapa parut di dalam periuk. Campurkan bahan lain dan masak atas api sederhana, kacau sentiasa hingga air kering.
Boleh cuba.............
No comments:
Post a Comment